| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pemantauan Oleh Y. Bhg. Dato` Hj. Abd. Halim Bin Abd. Hamid Di Penjara Alor Setar

Pada 23 Januari 2010, lebih kurang jam 11.15 pagi, Institusi Penjara Alor Setar, Kedah telah menerima kunjungan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Abd. Halim bin Abd. Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sempena Lawatan Pemantauan Terhadap Projek Pembangunan dan Kemudahan Di Pejabat Sedia Ada Bagi Jabatan dan Agensi Di Bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah En. Yang Asri bin Hamududin @ Imadudin, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia serta En. Mokhtar bin Samad, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah.

Kedatangan Y. Bhg. Dato' telah disambut oleh TPP. Mohd Ibrahim bin Ismail serta Pegawai- Pegawai Kanan Penjara Alor Setar, Kedah.



""